6 April 2023 - Delegasi daripada Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) yang diketuai oleh YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah MPTN bersama pegawai-pegawai MPTN serta wakil Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu dan juga wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat) telah mengadakan satu sesi Lawatan Tinjauan Sistem Perakaunan Dan Kewangan ke Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia di Putrajaya.
Delegasi MPTN telah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan, Encik Shahery bin Sulaiman dan pegawai-pegawai dari SEDA Malaysia.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan yang diguna pakai di SEDA Malaysia sebagai persiapan untuk MPTN bergerak kearah menjadi Badan Berkanun Negeri sepenuhnya.