13 April 2023 - Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman telah mengadakan satu lawatan ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM) bagi tujuan perkongsian maklumat dan idea didalam bidang biodiversiti serta penyelidikan.
Ia juga bertujuan untuk melihat potensi kerjasama strategik yang dapat dizahirkan antara kedua-dua agensi dalam usaha untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi khususnya di Taman Negeri Terengganu pada masa akan datang.