16 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu yang diketuai oleh Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Bin Md Isa telah mengadakan Program Konvoi Motosikal Sempena Hari Polis Ke-216 dan memilih Taman Negeri Setiu Wetlands (TNSW) sebagai salah satu lokasi perhentian.
Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri, YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato' A. Rahman bersama kakitangan yang lain telah menerima rombongan konvoi tersebut yang disertai lebih daripada 50 buah motosikal.
YM Pengarah MPTN mengiringi Ketua Polis Terengganu bagi aktiviti penanaman pokok di Boardwalk TNSW sebagai simbolik kepada keprihatian PDRM terhadap alam semulajadi selaras dengan pengisian program mereka iaitu "Menerokai Hutan Tanah Bencah & Aktiviti Penanaman Anak Pokok" dan juga kepada hasrat MPTN untuk menanam sebanyak 800 pokok di kawasan Boardwalk TNSW bagi menjayakan tema 'Wetlands Restoration' baru-baru ini.