7 Julai 2022 - Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato' Abd Rahman mengetuai lawatan tapak ke Pulau Rhu, Besut bagi meninjau secara lebih dekat kawasan daratan dan perairan pulau serta aktiviti sekitar untuk cadangan menjadikan Pulau Rhu sebagai taman negeri yg berasaskan marin. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah pegawai-pegawai dari Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Besut, Pejabat Daerah Besut, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Majlis Daerah Besut serta wakil pemain industri ekopelancongan tempatan. Antara aktiviti lain yang berlangsung sekitar perairan adalah selaman dari pasukan khas Reef Check Malaysia yang membuat kajian "Manta Tow" iaitu selaman dasar laut bagi data-data awalan mengenai hidupan terumbu karang dan lain-lain sekitar perairan Pulau.
Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah mengetuai lawatan tapak ke Pulau Rhu, Besut
- Posted By Super User
- Berita Semasa