30 Jun 2022 - Dalam usaha untuk mendekatkan alam semulajadi di Taman Negeri Setiu Wetlands dengan kakitangan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), satu program gotong royong dan aktiviti forest gardening telah diadakan pada hari ini. Program yang melibatkan 20 orang kakitangan MPTN yang diketuai oleh Pengarah MPTN YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman, telah melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan Boardwalk serta aktiviti forest gardening bagi memastikan keadaan ekosistem sedia ada terpelihara.
Program ini dilihat sebagai platform kepada kakitangan MPTN untuk lebih mengenali dan menghargai alam semulajadi bagi merealisasikan visi dan misi MPTN. Secara tidak langsung juga, program ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara kakitangan MPTN.