Majlis Perasmian Pembukaan Makmal Pembangunan & Pengeluaran Produk Kraftangan Anyaman Kercut Tanah Bencah Setiu

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
14 Ogos 2022, Majlis Perasmian Pembukaan Makmal Pembangunan & Pengeluaran Produk Kraftangan Anyaman Kercut Tanah Bencah Setiu telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zulhilmi bin Hasbullah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Operasi Taman & Penguatkuasaan yang mewakili Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Beliau berkata, pembukaan makmal ini adalah satu program jangka pendek bagi memberi pendedahan asas teknik penghasilan produk kraftangan berasaskan kercut yang dikelolakan oleh Jabatan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Selain itu, melalui program ini juga produk yang sedia ada dapat diinovasikan kepada satu produk yang lebih baik dan menarik. Program makmal ini akan berlangsung selama lima(5) hari bermula pada hari melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat. Hadir sama Puan Rosliza binti Mukhtar, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Mohd Faizul bin Ismail, Penyelaras Projek Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 169

Week 1717

Month 2540

All 133484

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.