Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah menganjurkan program Kenyir State Park Discovery 2022

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Kenyir, 30 Januari - Dalam menjadikan alam semulajadi sebagai salah satu produk eko pelancongan, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah menganjurkan program Kenyir State Park Discovery 2022 bertujuan dalam memberi gambaran dan hebahan kepada awam tentang Taman Negeri Kenyir.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan hampir 60 orang peserta dari dalam dan luar negeri Terengganu dan akan terlibat dalam sesi teroka alam semulajadi di Taman Negeri Kenyir bagi mengalami sendiri keindahan alam semulajadi yang ada di Taman Negeri Kenyir seperti Pakma Tikus, Raffelsia, Orkid Harimau, pelbagai spesies burung enggang serta pelbagai hidupan liar.

Peserta yang terdiri bukan sahaja di kalangan pelajar, pensyarah dan peminat alam semulajadi, malah Kenyir State Park Discovery 2022 juga melibatkan pemain media digital bagi menyampaikan kisah kepada umum, sesuai dengan situasi semasa yang mana pelbagai maklumat dan kisah boleh didapati ditapak tangan dan hujung jari sahaja.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 7

Week 627

Month 1698

All 114934

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.