Program Sesi Libat Urus Majlis Pengurusan Taman Negeri Bersama Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Kenyir, pada 27 Januari 2022 - Program Sesi Libat Urus Majlis Pengurusan Taman Negeri Bersama Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir telah diadakan di Dewan Kelah, Pusat Penerangan Kenyir. Program ini adalah julung-julung kali diadakan bersama pihak persatuan dengan tujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan pengurusan dan pengoperasian Taman Negeri Kenyir selain memupuk silaturrahim dengan pihak pemegang taruh di sekitar kawasan Tasik kenyir. Program ini telah dihadiri seramai 30 orang ahli persatuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya pengusaha houseboat, pemandu pelancong dan pengusaha rumah rehat. Program ini dihadiri YM Tg Mohd Arifin bin Tg Dato' A Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Turut hadir wakil- wakil agensi Kerajaan seperti Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pelancongan Negeri, PERHILITAN, Jabatan Perikanan, PDRM (Marin Tasik Kenyir) dan lain-lain agensi berkaitan.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 166

Week 1714

Month 2537

All 133481

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.