Kuala Terengganu, 14 Februari 2022 - Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato' A. Rahman bersama-sama para pegawai MPTN telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Ishamudin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di pejabatnya semalam.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama diantara kedua jabatan didalam memperkasakan peranan dan halatuju khususnya berkaitan bidang penyelidikan.