Pulau Poh, Tasik Kenyir, 17 Mac 2022 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu turut turun padang selama 3 hari bermula hari khamis, 17 mac sehingga 19 mac 2022 bagi menjayakan Karnival Beautiful Terengganu 2022 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Tourism Terengganu. MPTN terlibat secara langsung mengadakan booth pameran untuk memperkenalkan apakah fungsi dan peranan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu serta menyantuni pengunjung yang hadir di Karnival tersebut. Para pengunjung yang datang berkunjung ke Karnival Beautiful Terengganu, kami alu-alukan kedatangan anda dan dipersilakan hadir ke booth pameran MPTN untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan peranan yang telah kami dilaksanakan.
Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu santuni pengunjung di Karnival Beautiful Terengganu 2022
- Posted By Super User
- Berita Semasa