Day 1 (4 Ogos 2022) Festival Setiu Wetlands 2022 Kemeriahan terasa dengan kehadiran pengunjung ke tapak program bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Jom kita pakat gi belaka pada hari ini 5 Ogos 2022 di Festival Setiu Wetlands 2022 bertempat di Perkarangan Pusat Interpretasi Setiu Wetlands, Taman Negeri Setiu Wetlands, Kg Pengkalan Gelap, Setiu. Pelbagai aktiviti dan hadiah cabutan bertuah disediakan. Daftar & Menang.
Day 2 (5 Ogos 2022) Festival Setiu Wetlands 2022 Alhamdulillah pada hari kedua, FSW 2022 menerima kehadiran yang sangat memberangsangkan dengan kepelbagaian aktiviti dan program. Pada hari kedua juga, Majlis Perasmian FSW 2022 telah diadakan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. YAB Dato Seri’ MB turut melawat sekitar tapak festival dan bermesra dengan para pengunjung. Komuniti Setiu Wetlands juga dihiburkan dengan persembahan dikir barat oleh kumpulan Cikgu Sulizi. Jom pakat mari hari ketiga 6 Ogos 2022, daftar untuk berpeluang memenangi hadiah. Insya Allah, semangat ‘We Bleed Black & White’ akan dirasai di Setiu Wetlands hari ini.
Day 3 (6 Ogos 2022) Festival Setiu Wetlands Alhamdulillah, pada hari ketiga FSW 2022, pengunjung tidak putus hadir untuk merasai suasana Festival Setiu Wetlands 2022. Pelbagai aktiviti seperti Setiu Wetlands Kayak Explorace, Hammock Gathering, Dekorasi Bot Nelayan dll diadakan untuk tatapan pengunjung tentang budaya dan alam komuniti setempat kepada pengunjung. Jangan lupa hari ini, 7 Ogos 2022 adalah hari terakhir FSW 2022. Jom pakat mari belaka dan daftar bagi peluang memenangi pelbagai hadiah yang telah disediakan.
Day 4 (7 Ogos 202) Finale Festival Setiu Wetlands 2022 Alhamdulillah pada hari terakhir, FSW 2022 masih menerima kunjungan dari dalam dan luar Daerah Setiu, mencuba dan mengalami sendiri budaya komuniti Setiu Wetlands. Diserikan dengan anak kecil dalam Pertandingan Mewarna Eco-Setiu Wetlands dan diikuti dengan adik cerdik pintar dalam pertandingan 3R, kemudian aktiviti rakyat dengan sepak raga bulat sambil dihiburkan dengan nyanyian komuniti setempat. Pada malamnya pula disajikan pula ketangkasan Persembahan Gabungan Silat Berkonsepkan Obor. Hebat Setiu Wetlands!