Setiu Wetlands, 25 Disember 2021 - Sesuai dengan keadaan monsoon sekarang, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah menganjurkan program Setiu Wetlands Monsoon Ride 2021 bertempat di Boardwalk, Taman Negeri Setiu Wetlands. Kayuhan santai sejauh 25 km itu turut diserikan lagi dengan kehadiran bersama YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama dengan hampir 130 orang peserta kayuhan.
Kayuhan tersebut yang bermula dengan keadaan hujan, telah melalui pelbagai ekosistem dan keunikan persekitaran Tanah Bencah Setiu yang berkeluasan 23,000 hektar keseluruhannya meliputi kawasan paya bakau, paya gelam, industri akuakultur, produk kraftangan, Savanah, kolam hijau, gerai jualan komuniti serta perkampungan nelayan yang amat bersesuaian sebagai laluan santai aktiviti berbasikal disamping menerokai alam semulajadi Tanah Bencah Setiu.
Dalam program ini, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu turut mengisytiharkan laluan berbasikal yang bermula daripada (Boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands - Kg Gong Batu - Kg Limau Nipis - Kg Kuala Setiu - Kg Fikri - Kg Juna - Kg Pengkalan Gelap - Boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands ) dengan jarak 20km sebagai Setiu Wetlands Cycling Trail.