18 Mei 2023 - Lawatan oleh YBhg Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu diiringi oleh YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) bersama Encik Fadli Yusof bin Haji Zakaria, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan juga Tuan Haji Fauzi bin Muda, Timbalan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, ke tapak cadangan projek Pejabat Operasi Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Pulau Bidong, Kuala Nerus.
Pembangunan yang akan dizahirkan kelak merupakan sebagai persediaan awal oleh pihak MPTN didalam menguruskan Pulau Bidong sebagai Taman Negeri yang akan diwartakan dibawah Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017 tidak lama lagi.
Sesi lawatan ini telah mendapat penerangan dan taklimat ringkas daripada En. Shahriz bin Ahmad Laili, Ketua Penolong Pengarah MPTN. Cadangan pembangunan adalah menggunakan pendekatan “cement board” disamping menerapkan elemen sejarah dan warisan di pulau tersebut.
Pelaksanaan projek ini juga akan memastikan ekosistem, habitat flora dan fauna serta lipatan sejarah yang ada dipersekitarannya terus terjaga dan terpelihara demi kelestarian generasi akan datang selaras dengan hasrat menjadikan Pulau Bidong sebagai sebuah Taman Negeri dan pulau konservasi bersejarah.