7 Februari 2023 - Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri, YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman telah turut sama di dalam delegasi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia bertempat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Putrajaya. Delegasi JPNT diketuai oleh YB Arifin Bin Deraman, Pengerusi JK Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Digital Negeri bersama YBhg Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta En. Fadli bin Yusof, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang bertujuan untuk berbincang seterusnya mengeratkan kerjasama didalam memertabatkan sektor Pelancongan Negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Taman Negeri juga turut dilihat sebagai satu produk yang signifikan mampu menarik kepada kemasukan pelancong eko berkualiti yang cintakan alam semulajadi. Pertemuan ini juga turut dihadiri sama oleh Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah turut sama di dalam delegasi Tourism Terengganu mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia bertempat di MOTAC, Putrajaya
- Posted By Super User
- Berita Semasa