Buat kali ke-3, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah menganjurkan Sambutan World Wetlands Day 2023 bertempat di Jeti Kg Gong Batu, Setiu, Terengganu.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
4 Februari 2023 - Buat kali ke-3, MPTN telah menganjurkan Sambutan World Wetlands Day 2023 bertempat di Jeti Kg Gong Batu, Setiu, Terengganu.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan turut serta bersama YBhg Dato’ Zulkifli Bin Ali, Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu, YBhg Dato’ Zulkepli Amin Bin Mat Jusoh @ Yusof, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, YBrs Encik Huzairil Nizam Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.

Penganjuran pada kali ke – 3 ini sekali lagi telah memilih lokasi Jeti Kg. Gong Batu yang merupakan kawasan yang akan membangun setelah siapnya projek sambungan boardwalk yang sedang berlangsung sekarang. Pemilihan ini juga diharap sebagai satu suntikan agar lokasi ini lebih dikenali dan berdaya eko pelancongan dan lebih bersedia serta selari dengan pembangunan tambahan boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat yang akan bersambung dengan Jeti Kg Gong Batu ini. Dengan tema ‘It’s Time For Wetland Restoration’, aktiviti penanaman semula pokok telah diadakan di kawasan Boardwalk yang disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama dengan dif-dif jemputan yang lain.

Sambutan World Wetlands Day 2023 pada tahun ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO serta pihak swasta sebagai rakan kerjasama dalam menganjurkan Sambutan World Wetlands Day 2023 ini.

Program turut dimeriahkan dengan acara Mangrove Trail dan Kayak Eksplorace dengan penyertaan 100 orang peserta serta Selera Setiu Wetlands yang menampilkan 6 buah kampung di sekitar Taman Negeri Setiu Wetlands bagi mempersembahkan masakan tempatan komuniti Setiu Wetlands.

YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu turut dibawa untuk membuat tinjauan dengan menaiki bot sekitar Setiu Wetlands.

Kemuncak kepada program Sambutan World Wetlands Day 2023 ini, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu telah merasmikan program tersebut dan turut memperkenalkan buku Checklist Of Biodiversity Of Setiu yang diterbitkan hasil kerjasama Universiti Malaysia Terengganu & Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 151

Week 2422

Month 3245

All 134189

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.