18 Januari 2023 - Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pengurusan Taman Negeri Ke Arah Badan Berkanun Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat MPTN dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Teknologi Maklumat).
Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perkara berkaitan persiapan untuk MPTN bergerak sebagai Badan Berkanun Negeri sepenuhnya.