Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman telah mengadakan tinjauan ke kawasan Tapak Kelip-Kelip di Sg Yak Yah, Kemaman pada 15 Januari 2023 bagi melihat potensi cadangan untuk diwartakan sebagai Taman Negeri. Beliau diiringi oleh En Samsul dari Majlis Perbandaran Kemaman telah melihat keadaan dan kelengkapan yang ada di sekitar Lokasi Jeti Zoo Bukit Takar dan Jeti Kg Yak Yah. Sepanjang lawatan tersebut juga, YM Pengarah telah diberi penerangan berkaitan aktiviti masyarakat setempat di sekitar tersebut serta perincian berkaitan pakej menyusuri sungai dari jeti tersebut serta pakej melihat Kelip-Kelip di waktu malam.
Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah mengadakan tinjauan ke kawasan Tapak Kelip-Kelip di Sg Yak Yah, Kemaman
- Posted By Super User
- Berita Semasa