Sesi Libat Urus Bagi Cadangan Mewartakan Bukit Lawit, Hulu Terengganu Sebagai Taman Negeri telah diadakan pada 20 Oktober 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Kelah, Pusat Penerangan Kenyir, Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu.
Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan awal dari semua pemegang taruh yang berkepentingan bagi memastikan pengurusan dan pengoperasian dapat diurus dengan lebih baik dan efisyen. Seramai 40 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi serta pemain pelancongan tempatan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A.Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.