Sesi Libat Urus bagi Cadangan Perwartaan Kawasan Perairan Pulau Tenggol dan Pulau Nyirih sebagai Taman Negeri telah diadakan pada 11 Oktober 2022 (Selasa). Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan awal dari pemegang taruh yang berkepentingan bagi memastikan pengurusan dan pengoperasian dapat diuruskan dengan lebih baik dan efisyen. Seramai 30 orang peserta yang terlibat di dalam sesi libat urus ini adalah terdiri daripada pelbagai agensi termasuklah wakil daripada operator. Antaranya Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Dungun, Majlis Daerah Dungun, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan, PDRM, APMM, dan lain-lain serta wakil-wakil operator resort.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A.Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.
#StateParks
#TerengganuStateParks
#ThinkFutureGoGreen
#StateParks
#TerengganuStateParks
#ThinkFutureGoGreen