Program Bidong Beach & Underwater Clean Up 2023 yang bertemakan "Sayangi Pulau Bidong”

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
1 Ogos 2023 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah menganjurkan program Bidong Beach & Underwater Clean Up 2023 yang bertemakan "Sayangi Pulau Bidong” pada 1 Ogos 2023 bertempat di Pulau Bidong, Kuala Nerus, Terengganu.

Program Bidong Beach & Underwater Clean Up 2023 ini telah dilancarkan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Pengerusi MPTN diiringi oleh YB Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri, YBhg. Dato’ Haji Ishamudin bin Hashim, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato' A. Rahman, Pengarah MPTN.

Seramai lebih kurang 200 orang kakitangan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus, Pejabat Tanah Kuala Nerus, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Laut Wilayah Timur, Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan Stesen Penyelidikan FRIM Setiu turut terlibat didalam menjayakan program ini.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kebersihan serta semangat perpaduan antara penjawat awam Kerajaan Terengganu, Pihak Berkuasa Tempatan serta NGO.
Aktiviti pembersihan adalah meliputi kawasan sekitar pantai Pulau Bidong sehingga ke tapak peninggalan pelarian Vietnam dan kawasan dasar laut. Pembersihan ini merangkumi kawasan underwater gallery, jeti, pantai, surau, jungle tracking dan Bukit Tugu.

Pulau Bidong yang terletak di Kuala Nerus, Terengganu mempunyai pemandangan yang cukup indah dan sesuai dijadikan sebagai lokasi pilihan untuk individu yang mahu menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Bidong juga terkenal dengan khazanah alam dan peninggalan orang hanyut vietnam (OHV). Khazanah ini perlu dijaga dan dikekalkan kerana ianya mempunyai keunikan sejarahnya yang tersendiri untuk tatapan generasi akan datang.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Visitor Hits

Today 451

Week 2220

Month 3043

All 133987

RELATED LINKS

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.