Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Diantara Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu Dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
27 Julai 2023 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) bersama Taman-Taman Sabah (TTS) telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Diantara Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu Dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah pada 27 Julai 2023 (Khamis) bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan YBrs. Encik Peter Lintar, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah bersama YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah MPTN dan YBrs. Dr. Maklarin bin Lakim, Pengarah TTS yang telah disaksikan oleh YB Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah bersama YB Dato’ Razali Bin Che Ani, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar serta Puan Rimi Repin Timbalan Pengarah (Pentadbiran, Kewangan, Penyelidikan & Inovasi) Taman-Taman Sabah.

Melalui usahasama ini, MPTN dan TTS berhasrat untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka peluang baharu untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan pentadbiran dan penyelidikan dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

MoU ini juga akan dijadikan sebagai platform didalam mengukuhkan lagi jalinan kerjasama diantara MPTN dan TTS atas sebarang usaha kedua-dua pihak bagi menjalankan visi dan misi agensi sebagai pemelihara dan pemulihara khazanah alam semulajadi.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Visitor Hits

Today 449

Week 2218

Month 3041

All 133985

RELATED LINKS

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.