Lawatan ke Tapak Program Pembangunan Kercut, Kg Beris Tokku, Setiu telah diadakan pada 27 Jun 2022 (Isnin). program ini merupakan satu usaha baharu bagi memperkasakan produk kraftangan berasaskan kercut. Lawatan ini telah dihadiri oleh rombongan daripada Yayasan DiRaja Sultan Mizan diketuai oleh Y. Bhg Dato Hj Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga YDSM. Turut hadir YM Tengku Mohd Ariffin Tengku Dato' A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Cik Fazlin binti Mohamad Zaki, Pengarah Kraftangan Negeri Terengganu, Puan Rahana binti Awang, Pegawai Pertanian Daerah Setiu, Pengerusi JPKK Kg Beris Tokku serta peserta-peserta dari Kumpulan Pengembagan Wanita Kg Beris Tokku seramai 20 orang yang terdiri daripada komuniti setempat.
Lawatan ke Tapak Program Pembangunan Kercut, Kg Beris Tokku, Setiu
- Posted By Super User
- Berita Semasa