Besut, 31 Mac 2022 - Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah turut sama dengan sambutan tersebut dengan mengadakan pameran berkaitan Taman-Taman Negeri di Perpustakaan Al Wathiqu Billah UniSZA Kampus Besut.
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang telah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Negeri Terengganu juga turut serta melawat ruang pameran MPTN dan telah diberi taklimat ringkas berkaitan Taman-Taman Negeri Terengganu oleh YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ Ab Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.