Pulau Bidong Lokasi Pelancongan Bersejarah

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 
SETIU, 9 September - KerajaanTerengganu komited untuk memulihara dan membangunkan Pulau Bidong sebagai lokasi pelancongan bersejarah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklukmat negeri, Ariffin Deraman berkata, Pusat Informasi Maklumat (TIC) berkait dengan pulau itu juga akan dibina sebagai tarikan tambahan kepada pelancong.

Katanya, beberapa kerosakan infrastruktur di pulau terbabit pula akan dibaik pulih dalam masa terdekat.

"Kemudahan seperti jeti, laluan pejalan kaki dan menjaga kebersihan di sekitar pulau itu demi keselesaan pengunjung.

"Kita juga melihat jeti ini adalah jeti yang terbaik antara pulau-pulau yang terdapat di Terengganu, namun terdapat sedikit hakisan berhampiran jeti yang membimbangkan," ujarnya semasa melakukan lawatan ke Pulau Bidong baru-baru ini.

Hadir sama dalam lawatan itu, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini Pulau Bidong masih lagi terpelihara termasuk memiliki coral-coral yang menarik.

"Pulau ini juga sesuai untuk ‘daytrippers’ yang datang ke sini walaupun sebahagian mereka pergi ke Pulau Kapas, Pulau Redang tetapi kalau pihak kami akan menyediakan infrastruktur yang secukupnya.

"Kami yakin dengan kedatangan pelancong ia akan menghidupkan lagi suasana Pulau Bidong," jelasnya.

Dalam kunjungan tersebut, Ariffin turut melawat ladang ternakan batu karang yang diusahakan Yayasan Coral Malaysia, kawasan perkuburan Vietnam, Pantai Pasir Tenggara dan monumen peringatan orang Vietnam.- URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 238

Week 1538

Month 2361

All 133305

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.