MPTN telah menganjurkan Program Forest Gardening Taman Negeri Setiu Wetlands
- Posted By Super User
- Berita Utama
Setiu Wetlands, 18 Disember 2021 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Forest Gardening Taman Negeri Setiu Wetlands, semalam bertempat di Boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands. Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Forest Gardening adalah merupakan satu aktiviti penyelenggaraan seperti memangkas, mencabut dan membersihkan kawasan daripada spesies yang tidak sewajarnya ada serta menanam spesies pokok di kawasan tersebut. Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato A. Rahman berkata, Taman Negeri Setiu Wetlands yang berkeluasan 1,596 hektar ini adalah sebahagian daripada keluasan 23,000 hektar di dalam RKK, memerlukan satu pasukan khas dalam menjalankan aktiviti Forest Gardening. Dalam ucapan YBM Tengku Seri Bijaya Raja, aktiviti Forest Gardening ini sememangnya memerlukan agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia serta agensi penyelidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu dan UniSZA Kampus Besut. Maka dilihat penubuhan Task Force Forest Gardening ini di bawah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu adalah satu langkah wajar dan tepat dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. YBM Tengku Seri Bijaya Raja turut melakukan lawatan ke kawasan Taman Negeri Setiu Wetlands dan melakukan aktiviti penanaman Pokok Pandan Laut sebagai simbolik bersama agensi di dalam Task Force Forest Gardening. Usai dari aktiviti tersebut, YBM Tengku Seri Bijaya Raja diiringi Pegawai Daerah Setiu dan Pengarah MPTN serta jemputan lain menaiki bot dan dibawa melihat kawasan perairan dan sangkar ikan di sekitar Setiu Wetlands.