7 September 2023 - Satu Lawatan Tapak dan Mesyuarat Projek Penternakan Ketam Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah diadakan pada 7 September 2023 bertempat di Tapak Projek Penternakan Ketam, Kampung Limau Nipis, Setiu, Terengganu.
Turut hadir ke lawatan tapak dan mesyuarat tersebut adalah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan iaitu YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik bersama YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.
Projek penternakan ketam ini merupakan jalinan usaha sama diantara Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Puncak Innovasi Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu yang melibatkan komuniti setempat di Setiu Wetlands, Terengganu.