Kursus Penguatkuasaan MPTN (MEnCo) Siri 1/2023

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
16 & 17 Ogos 2023 - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Tekawang dan Nature Based Solutions (NBS) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan MPTN (MEnCo) Siri 1/2023 pada 16 dan 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Kelah, Pusat Penerangan Kenyir.

Kursus ini merupakan siri pertama daripada empat (4) siri penganjuran Kursus Penguatkuasaan MPTN (MEnCo) yang diadakan pada tahun 2023 dan telah dirasmikan sendiri oleh Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato' A. Rahman.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Penguatkuasa MPTN dan Renjer Komuniti MPTN telah menyertai kursus bagi Siri 1 ini yang bertujuan untuk memperkasakan peserta dengan ilmu dan kemahiran merangkumi perundangan, kemahiran pengucapan awam, ujian kecergasan asas, ilmu perhutanan, serta pengunaan peta topografi dan GPS.

Penganjuran kursus ini adalah selaras dengan matlamat MPTN untuk menguatkuasakan undang-undang dalam kawasan warta Taman Negeri Kenyir supaya khazanah semulajadi yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti, habitat dan ekosistem kekal terpelihara dan juga dapat menghalang sebarang aktiviti pemburuan serta pencerobohan haram daripada terus berlaku.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 238

Week 1538

Month 2361

All 133305

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.