6 Julai 2023 - Deep Forest Counter Poaching Operation (DFCPO) anjuran oleh Panthera Malaysia, Nature Based Solution (NBS) bersama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), sebagai langkah memperkasakan ilmu pengetahuan berkaitan kawalan dan rondaan lapangan khususnya di Taman Negeri Kenyir.
Kursus ini berlangsung pada 3 hingga 10 Julai bertujuan memperlengkapkan para penguatkuasa dan peronda dengan tip penggunaan GPS dan peta topografi, menyelaras SOP komunikasi di antara penguatkuasa MPTN, peronda Panthera Malaysia dan NBS semasa menjalankan rondaan dan kawalan di dalam hutan, khususnya Taman Negeri Kenyirserta memperkenal dan melatih kaedah menghadapi situasi menjejaki aktiviti pencerobohan di dalam hutan.