Program Forest Gardening: It’s Time For A Check Up and Clean Kali Ketiga (3) anjuran Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) bersama Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 
13 Jun 2023 - Program Forest Gardening: It’s Time For A Check Up and Clean Kali Ketiga (3) anjuran Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) bersama Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diadakan di Taman Negeri Setiu Wetlands (TNSW) pada hari ini dengan membabitkan penyertaan seramai 240 orang.
Program yang diketuai oleh YM Tengku Mohd Arifin bin Dato' Tengku A. Rahman, Pengarah MPTN bersama dengan Ahli Pasukan Khas Forest Gardening iaitu Pejabat Daerah Setiu (PDS), Majlis Daerah Setiu (MDS), Jabatan Perhutanan Negeri (JPNT), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) serta sokongan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Persatuan Anak Mahasiswa Terengganu (PERMATA) telah bersama melakukan aktiviti penanaman pokok, mengutip dan mengumpul sampah yang terperangkap dibawa arus, memangkas dan memeriksa tandaan spesies.

Program ini juga telah melibatkan komuniti dari tujuh (7) Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) antaranya JPKK Kampung Gong Batu, JPKK Kampung Fikri, JPKK Kampung Kuala Setiu, JPKK Kampung Mangkuk, JPKK Kampung Saujana, JPKK Kampung Beris Tokku, Kampung Padang Saujana.

Penganjuran kali ini telah mendapat sokongan daripada pihak korporat iaitu MRL Sdn Bhd yang merasakan ia adalah satu tanggungjawab bersama untuk usaha dan inisiatif memelihara dan memulihara alam semulajadi bagi kelestarian terhadap komuniti setempat dan generasi masa hadapan. Seramai 25 orang wakil MRL yang diketuai oleh YBrs En. Wan Adnan bin Wan Mat, Regional Construction Manager turut sama melakukan aktiviti forest gardening dan menganggap penganjuran ini sebagai satu pengalaman yang manfaat kepada mereka dalam menghargai alam semulajadi.

Program yang dilakukan merangkumi kawasan hadapan Taman Negeri, sepanjang boardwalk, hujung jeti Taman Negeri dan pesisiran Sungai Setiu dengan tujuan utama untuk memastikan ekosistem semula jadi di TNSW kekal terpelihara. Tindakan ini adalah penting bagi memastikan spesies yang ada di dalam kawasan TNSW tetap seimbang dan tidak terancam oleh spesies luar dan pencemaran yang berpotensi mengganggu kepelbagaian biologi dan ekosistem yang sedia ada.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 51

Week 1599

Month 2422

All 133366

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.