30 Mei 2023 - Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato’ A. Rahman bersama 5 orang pegawai MPTN telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di Wisma Darul Iman.
Selain kunjungan hormat, pertemuan ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan 3 orang pegawai baharu yang masing-masing ditempatkan di Bahagian Perundangan & Penguatkuasaan, Bahagian Pembangunan & Operasi Taman serta Bahagian Biodiversiti & Penyelidikan di MPTN.
MPTN turut memaklumkan berkaitan perkembangan terbaharu Taman Negeri Terengganu kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja selaku Pengerusi MPTN.