Lawatan Terengganu Incorporated Ke Taman Negeri Kenyir

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
14 Mac 2023 - Taman Negeri Kenyir telah menerima lawatan delegasi dari Terengganu Inc yang diketuai oleh Encik Burhanuddin Hilmi Bin Mohamed, Presiden & Pengarah Eksekutif Terengganu Inc bagi melihat kawasan warta dan aktiviti penguatkuasaan di Taman Negeri Kenyir.

YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah memberi taklimat berkaitan MPTN dan Taman Negeri Kenyir dan kemudian mengiringi delegasi ke sekitar Taman Negeri Kenyir bagi merasai dan mengalami keindahan alam semulajadi sedia ada.

Delegasi tersebut telah dibawa ke kawasan Pokok Ipoh bagi melihat persekitaran di mana operasi penangkapan pencerobohan warga Kemboja di Taman Negeri Kenyir.

Semoga dengan lawatan dari Terengganu Inc ini dapat membuka ruang kepada potensi jalinan kerjasama untuk perkongsian tanggungjawab bersama didalam memelihara, memulihara dan melindungi alam semulajadi Taman Negeri Kenyir.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 242

Week 1542

Month 2365

All 133309

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.