8 Mac 2023 - Hari ketiga sesi Bengkel Senario Penguatkuasaan Taman Negeri Kenyir dijalankan adalah lebih memfokuskan kepada tugas Pegawai Penyiasat dan penyediaan dokumen-dokumen selepas tangkapan.
MPTN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak urus setia iaitu Justice For Wildlife Malaysia (JWM) dan Nature Based Solutions (NBS) yang bertungkus lumus menganjurkan bengkel ini dan juga kepada wakil Timbalan Pendakwa Raya Negeri Terengganu, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta wakil Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu diatas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada peserta yang terlibat.
Majlis Penutup Bagi Bengkel Senario Penguatkuasaan Taman Negeri Kenyir telah disempurnakan oleh Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato’ A. Rahman.