Sesi Bengkel Senario Penguatkuasaan Taman Negeri Kenyir - Hari Pertama

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
6 Mac 2023 - Satu sesi Bengkel Senario Penguatkuasaan Taman Negeri Kenyir diadakan oleh pihak Justice For Wildlife Malaysia (JWM) selama tiga (3) hari bermula 6 Mac sehingga 8 Mac 2023 bertempat di Hotel UiTM Dungun yang melibatkan pegawai dan pembantu penguatkuasa Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN), wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu (Unit Pendakwaan), wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), wakil Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu dan juga renjer Nature Based Solutions (NBS).

Sesi bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan pengetahuan dan gambaran yang menyeluruh kepada pegawai dan pembantu penguatkuasa MPTN serta renjer NBS berkaitan prosedur tangkapan, pemeriksaan dan siasatan bagi penguatkuasaan di Taman Negeri Kenyir dan Taman Negeri Setiu Wetlands untuk sentiasa bersedia dalam segala kemungkinan semasa kerja penguatkuasaan dijalankan di kawasan Taman Negeri Terengganu.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 390

Week 2159

Month 2982

All 133926

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.