Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) membawa misi Taman Negeri dengan tagline Think Future Go Green di World Travel Mart (WTM) London 2022, bertempat di ExCel London dari 7 hingga 9 November 2022

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) buat julung kalinya membawa misi Taman Negeri dengan tagline Think Future Go Green di World Travel Mart (WTM) London 2022, bertempat di ExCel London dari 7 hingga 9 November 2022. Dengan menyertai platform antarabangsa WTM London 2022, komuniti antarabangsa diharapkan akan lebih mengenali kawasan daratan pendalaman Taman Negeri Terengganu yang unik iaitu Taman Negeri Setiu Wetlands dan Taman Negeri Kenyir, yang kedua-duanya menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi merangkumi biodiversiti dan ekosistem yang lebih menarik melalui konsep Nature Based Tourism (NBT).

Sepanjang WTM London 2022 berlangsung, MPTN telah menyediakan maklumat yang diperlukan tentang keindahan dan keunikan Taman Negeri Setiu Wetlands dan Taman Negeri Kenyir bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk menyediakan aturan dan perancangan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pasaran Eropah secara khususnya.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 2

Week 14

Month 49

All 138798

Pautan Luar

© 2025 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.