Bengkel Pelan Strategik Majlis Pengurusan Taman Negeri 2023-2027 pada 16-17 November 2022 di Pejabat MPTN

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 
Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) telah menganjurkan satu sesi Bengkel Pelan Strategik Majlis Pengurusan Taman Negeri 2023-2027 pada 16-17 November 2022 di Pejabat MPTN dan disertai oleh seluruh warga kerja MPTN.

Bengkel Pelan Strategik ini telah dirasmikan oleh Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato’ A. Rahman dan fasilitator jemputan adalah Puan Normah binti Nik, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Organisasi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, kesemua warga kerja MPTN telah terlibat didalam menyumbangkan idea-idea bagi membentuk visi, misi, SWOT analisis, pemilihan strategi serta pelan tindakan untuk penyediaan Pelan Strategik MPTN 2023-2027.

Semoga segala input yang diperolehi daripada bengkel ini dapat diterjemahkan kepada kelestarian pengurusan dan pengoperasian MPTN di masa akan datang.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Bil. Pengunjung

Today 51

Week 1599

Month 2422

All 133366

Pautan Luar

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.