22 September 2022, Khamis - Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke kawasan Boardwalk Setiu, Taman Negeri Setiu Wetlands, Kg. Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. Para peserta terdiri daripada 44 orang pelajar bagi subjek Biologi tingkatan 5 dan diiringi oleh guru-guru pengiring dari sekolah tersebut.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melakukan aktiviti penyemaian benih bakau, menerokai hutan bakau menerusi boardwalk dan perkongsian ilmu serta keistimewaan Taman Negeri Setiu Wetlands yang disampaikan oleh renjer MPTN. Selain itu, lawatan ini diharap dapat menambah pengetahuan dan memupuk minat dikalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh didalam bidang penyelidikan Biodiversiti, flora dan fauna. Semua pelajar rombongan kelihatan teruja dan banyak menimba pengalaman menyemai sendiri benih bakau tersebut.
Sebelum pulang, para pelajar serta guru-guru pengiring bergambar di sekitar Boardwalk Setiu sebagai kenang-kenangan.