Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu Bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Telah Menganjurkan Program Tenggol Beach and Underwater Clean Up 2023 yang bertemakan 'Sayangi Pulau Tenggol' di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
9 September 2023 – Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah menganjurkan program Tenggol Beach and Underwater Clean Up 2023 yang bertemakan 'Sayangi Pulau Tenggol' di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu.

Kira-kira 100 orang peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan negeri dan pihak swasta iaitu UEM Edgenta Berhad berganding bahu membersihkan persekitaran pulau tersebut.
Program anjuran Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) ini amat bertepatan sebagai platform memperkenalkan fungsi dan tanggungjawab MPTN di dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi, habitat dan ekosistem di persekitaran Pulau Tenggol yang telah menjadi Taman Negeri marin yang pertama di bawah kendalian MPTN.

Program Tenggol Beach and Underwater Clean Up 2023 ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Pengerusi MPTN dan diiringi oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Dungun, YBrs. Encik Jusman bin Ibrahim, Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato’ A. Rahman dan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Fadli Yusof bin Zakaria.

Sementara itu, YBM Tengku menyatakan bahawa khazanah alam semula jadi mestilah sentiasa dipelihara dan dilindungi untuk tatapan generasi masa hadapan. Beliau juga turut menyatakan untuk menggunakan sebaik mungkin peluang yang tersedia bagi memberi inspirasi bahawa manusia dan alam sekitar saling memerlukan.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Visitor Hits

Today 390

Week 2159

Month 2982

All 133926

RELATED LINKS

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.