13 Julai 2023 - Justice for Wildlife Malaysia (JWM) dengan kerjasama Nature Based Solution (NBS) dan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah menganjurkan satu (1) lawatan ke Taman Negeri Kenyir yang turut dihadiri oleh Badan Kehakiman Terengganu dan Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Terengganu.
Lawatan yang disertai seramai 30 orang peserta ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan kawasan Taman Negeri Kenyir selain menceritakan latar belakang sejarah penubuhan Taman Negeri Kenyir serta cabaran penguatkuasaan yang dihadapi oleh pihak MPTN.