Program gotong royong ‘Bidong Beach and Underwater Clean Up’ telah diadakan di Pulau Bidong diketuai MPTN serta Agensi Kerajaan yang lain

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
11 Jun 2023 - Satu program gotong royong ‘Bidong Beach and Underwater Clean Up’ telah diadakan di Pulau Bidong hari ini, diketuai oleh YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato' A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN).

Program anjuran bersama MPTN dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) merupakan simbolik sayangi khazanah pulau serta pentingnya persekitaran yang bersih bagi menzahirkan produk eko pelancongan marin sebagai nilai tambah kepada Beautiful Terengganu Malaysia.

Program ini adalah sebagai platform persediaan ke arah menjadikan Pulau Bidong sebagai Taman Negeri keempat dibawah MPTN bagi memelihara dan memulihara alam semulajadi di kawasan tersebut dan usahasama bersama JPNT adalah sebagai langkah proaktif dalam menjadikan Pulau Bidong sebagai sebuah destinasi pulau eksklusif bagi mereka yang gemar aktiviti eko-marin.

Pulau Bidong yang terletak di daerah Kuala Nerus ini terkenal sebagai destinasi pilihan untuk peminat marine kerana keindahan terumbu karang yang masih terpelihara serta ia merupakan tapak bersejarah yang terkenal dengan monumen peninggalan Orang Hanyut Vietnam (OHV) yang masih utuh di kawasan tersebut.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Visitor Hits

Today 452

Week 2221

Month 3044

All 133988

RELATED LINKS

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.