7 Mac 2023 - Hari kedua sesi Bengkel Senario Penguatkuasaan Taman Negeri Kenyir dijalankan adalah lebih memfokuskan kepada praktikal persediaan untuk proses serbuan dan tangkapan bagi kesalahan di dalam kawasan warta Taman Negeri Terengganu.
Peserta telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan untuk mengendalikan kes-kes kesalahan dengan senario yang berlainan bagi memberi pengalaman dan gambaran situasi sebenar kepada penguatkuasa.