Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN diiringi Pengarah MPTN serta Pegawai-Pegawai Kerajaan menghadiri Program Tinjauan Projek Boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands dan Menyantuni Mangsa Banjir

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
1 Jan 2023 - YBhg Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu sambil diiringi oleh YM Tengku Mohd Arifin Bin Tengku Dato’ A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) dan juga Encik Muhammad Tarmizi Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu telah membuat tinjauan ke tapak projek Pembinaan Laluan Pejalan Kaki (Boardwalk) Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Taman Negeri Setiu Wetlands (TNSW), bagi melihat perkembangan serta keadaan semasa projek tersebut. Sesi lawatan ini telah mendapat penerangan dan taklimat ringkas oleh pihak perunding projek di tapak projek Kg. Gong Batu.

Projek Ini merupakan suatu usaha didalam memberikan pengalaman yang lebih luas kepada pengunjung tentang alam semulajadi dan kepelbagaian spesis biologi serta keunikan ekosistem yang terdapat di Taman Negeri Setiu Wetlands. Daripada projek sebegini diharapkan dapat memberikan kesan pengganda terhadap ekonomi khususnya kepada komuniti setempat melalui penawaran kepelbagaian urusniaga hasil tempatan serta pakej-pakej pelancongan eko kelak.

YBhg Dato’ bersama YM Pengarah juga turut berkesempatan menyantuni beberapa mangsa banjir sekitar kawasan Taman Negeri iaitu di Kg Fikri (15 keluarga), Kg Pengkalan Gelap (12 keluarga) dan Kg Gong Batu (10 keluarga) serta memberi bantuan berbentuk barangan rumah kepada para mangsa. Dalam lawatan tersebut turut dihadiri oleh JPKK Kg Fikri, Kg Pengkalan Gelap dan juga Kg Gong Batu.

Lot PT 4012-G-1-2 & PT 4013-G, Blok C, Perkedaian Ladang Tok Pelam, 20000 Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Webmaster Line  : 09 - 626 3062
General Line  : 09 - 626 3062
Email : statepark [at] terengganu [dot] gov [dot] my

 

 

Visitor Hits

Today 99

Week 2370

Month 3193

All 134137

RELATED LINKS

© 2024 Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Hakcipta Terpelihara.