Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN), YM Dato’ Tengku Mohd Arifin Bin Tengku A. Rahman turut sama dalam Majlis Persaraan ‘Bakti Terpahat, Budi Terikat’ YB Dato’ Nara Setia hari ini bagi menzahirkan setinggi penghargaan kepada beliau selaku Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Pengerusi MPTN. Kepimpinan, bimbingan dan sokongan YB Dato’ dalam agenda konservasi serta pemeliharaan alam semula jadi Negeri Terengganu amatlah dihargai dan akan terus dikenang.
Terima kasih YB Dato’ atas jasa dan sumbangan yang begitu besar. Semoga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan terus berjaya dalam perjalanan seterusnya.
Selamat bersara YB Dato’ Nara Setia














