14 Nov 2022 - Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) telah membuat lawatan kerja ke persekitaran Taman Negeri Setiu Wetlands bagi melihat dan meninjau beberapa plot kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sebagai lokasi rehabilitasi flora bagi spesies-soesis yang bersesuaian seperti Pokok Bakau Minyak, Pokok Bakau Kurap, Pokok Api-Api, Pokok Tumu dll.
Sepanjang lawatan ini, beliau sempat meninjau keadaan kawasan di sekitar Sungai Alur Keling iaitu tapak projek untuk pendalaman alur sungai yang telah siap untuk kemudahan komuniti nelayan setempat, bagi diperkasakan dengan usaha-usaha rehabilitasi flora. Usaha pemerkayaan spesis flora ini merupakan salah satu daripada aktiviti “forest gardening” untuk taman negeri dan ianya berselaras dengan moto MPTN iaitu Think Future Go Green.