Setiu Wetlands Open Day
World Wide Fund for Nature (WWF) – Malaysia dengan kerjasama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah mengadakan program Setiu Wetlands Open Day pada 7-8 Mac 2020 yang bertempat di Perkarangan Pusat Penerangan Kampung Mangkuk, Setiu. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti pameran, 6KM Wetland Walk for Fun, sukan rakyat, ceramah agama, “Tukar Sampah kepada Duit”, pertandingan explorace, pertandingan mewarna, plogging, dan penanaman anak pokok bakau.